Friday, February 20, 2009

budak

Aku ingat dulu masa kecik slalu pikir orang besar ni pelik. Takkan diorang tak paham fikiran budak. Aku (masa tu) confirm lah tak paham apa yang diorang fikir, sebab aku belum sampai umur diorang. Tapi, diorang pernah umur aku (yang budak). So since diorang dah pernah lalui alam tu, takkan tak faham kan?

Masa tu aku nak macam2. Jeles ngan budak lain yg dapat mainan. Paling aku jeles, transformers. Sial ar, aku nak optimus prime gak. Tak dapat punya pasal, skarang aku balas dendam beli Optimus Prime Masterpiece yg boleh tahan mahal jugak laa. Habis satu Tokyo aku pusing untuk cari. Hmm, mungkin satu Akihabara. So imej backpacker rugged aku hancur dengan kotak optimus prime kat tangan, tapi takpe.

I used to think that being a toy maker is the best job in the world ever. Eh ter-english lak. Dulu aku tengok cerita 'Big' Tom Hanks. Dia faham minda budak walaupun badan dia orang besar. Hebat!

Kembali ke budak, aku faham skarang. Aku faham yang memang orang dewasa tak faham budak. Kita dah lupa. Aku tak ingat cara aku berfikir masa umur 10 tahun. Skarang ni ada budak umur 8 tahun sebelah aku. Dia buat name tag sendiri, tulis pakai pen. Then silap, dia padam guna pen, scratch it, then guna liquid macam gila. then color guna highlighter. comot gila. Conteng2 kaki pakai higlighter hijau. Tulis2 benda. Gila kot budak ni.

so i'm wondering, was i like this when i was her age? when i was a budak? because i always felt that i'm matured. or was that just a feeling? Even now? Even in the future? Do we all forget how it is to be kids?

N

2 comments:

Jumping Jane. said...

Freaky. Been thinking a lot about that lately.

kinteruvoid said...

kan.